MAKLUMAN

NAMA : HAZLINA BTE HUSSIN
MATRIK NO. : D20102042212
SUBJEK : KRT 3013 (TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH)
TOPIK : KEMAHIRAN HIDUP (IKAN HIASAN)
: TAHUN 5
PENSYARAH : DR. AHMAD ZAMZURI MOHAMAD ALI

Spesis Ikan


Spesis/ Jenis ikan hiasan
Terdapat pelbagai spesis ikan hiasan tropika yang boleh dipelihara. Ikan hiasan tersebut boleh hidup di dalam air tawar atau air masin. Biasanya ikan hiasan dipelihara di dalam akuarium atau kolam hiasan. Antara ikan hiasan yang biasa dipelihara ialah Ikan Kelisa, Angelfish, Ikan Emas, Ikan Pelaga, Ikan Tiger Barb, Ikan Koi dan Ikan Guppy.


Ciri-ciri istimewa ikan hiasan



Ikan Arowana
Ikan ini juga dikenali sebagai ikan kelisa. Warna ikan ini keemasan dan keperakan. Ikan ini berasal daripada Amerika Selatan. Ikan ini memakan ikan-ikan kecil. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 100cm panjang.

 
Ikan Guppy
Ikan ini berasal daripada Trininad. Ikan ini berwarna kemerahan, keemasan dan putih keperakan. Ikan ini makan semua jenis makanan ikan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 3 cm panjang.



Ikan Pelaga
Ikan ini berasal daripada Thailand. Ikan ini berwarna kemerahan dan biru kehitaman. Ikan ini makan semua jenis makanan ikan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 6 cm panjang.


Ikan Koi
Ikan ini berasal daripada Jepun. Ikan ini berwarna putih bertompok merah dan hitam. Ikan ini makan semua jenis makanan ikan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 25 cm panjang.


 Ikan Tiger Barb
Ikan ini berasal dari India, Malaysia dan Afrika. Terdiri daripada pelbagai warna. Memakan makanan rumusan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 16 cm panjang.

 
Ikan Emas
Ikan ini berasal daripada China. Ikan ini berwarna keemasan, keputihan dan kemerahan. Ikan ini makan semua jenis makanan ikan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum iaitu 12 cm panjang.

 
Angelfish
Ikan ini berasal daripada Amerika Selatan. Ikan ini berwarna putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitam. Ikan ini makan  makanan rumusan, tumbuhan akuatik dan hidupan air yang kecil. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum iaitu 15 cm panjang.
 
Copyright 2009 Cikgu Lina. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase