Fungsi bahagian-bahagian luar utama ikan:-
1). Sisik
- Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit.
2). Sirip
- Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip.
- Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan.
- Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air.
- Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.
3). Garis lateral
- Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor.
- Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
4). Insang
- Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang.
- Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang.
- Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.