MAKLUMAN

NAMA : HAZLINA BTE HUSSIN
MATRIK NO. : D20102042212
SUBJEK : KRT 3013 (TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH)
TOPIK : KEMAHIRAN HIDUP (IKAN HIASAN)
: TAHUN 5
PENSYARAH : DR. AHMAD ZAMZURI MOHAMAD ALI

Tuesday 13 December 2011

Ikan Patin

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
  1. Patin kolam
  2. Patin Sungai
    1. Patin buah
    2. Patin Mucung
    3. Patin Juara.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright 2009 Cikgu Lina. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase