MAKLUMAN

NAMA : HAZLINA BTE HUSSIN
MATRIK NO. : D20102042212
SUBJEK : KRT 3013 (TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH)
TOPIK : KEMAHIRAN HIDUP (IKAN HIASAN)
: TAHUN 5
PENSYARAH : DR. AHMAD ZAMZURI MOHAMAD ALI

Pengurusan

CARA MENJAGA AKUARIUM
Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.

Penjagaan harian
·         Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
·         Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
·         Ikan yang mati perlu dibuang.
·         Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
·         Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan. 

Penjagaan mingguan

·         Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.
·         Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
·         Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
·         Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.
·         Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
·         Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
·         Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
·         Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

MENGENALPASTI MUTU AIR AKUARIUM
A.   Kandungan pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral.  Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

B.   Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

C.   Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen). 


MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan jenis pallet yang terapung adalah sesuai untuk ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Manakala makanan yang tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

      i.        Ikan karnivor
    Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan Ikan Arowana.
     
     ii.        Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti Ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

    iii.        Ikan herbivor
        Sesetengah ikan hiasan hanya memakan tumbuhan air dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah Ikan Lampam dan Tiger Barb.
         
  iv.          Ikan omnivor
        Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan adalah dari jenis ini dan ianya sangat sesuai untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah Ikan Pelaga, Oscar, dan Cichlid.


PEMAKANAN IKAN HIASAN DI DALAM AKUARIUM
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.
Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar. Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan seperti Makanan Hidup, Makanan Kering, Makanan Basah dan Makanan Rumusan.

A.   Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Cacing Darah
Ulat Roti
Plankton
Plankton
B.   Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

C.   Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

D.   Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Ianya boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.


Emping


Pellet
 
Copyright 2009 Cikgu Lina. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase