MAKLUMAN

NAMA : HAZLINA BTE HUSSIN
MATRIK NO. : D20102042212
SUBJEK : KRT 3013 (TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH)
TOPIK : KEMAHIRAN HIDUP (IKAN HIASAN)
: TAHUN 5
PENSYARAH : DR. AHMAD ZAMZURI MOHAMAD ALI

Bahagian Ikan



Fungsi bahagian-bahagian luar utama ikan:-

1).    Sisik
-        Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit.
2).    Sirip
-        Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip.
-        Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan.
-        Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air.
-        Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.
3).    Garis lateral
-        Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor.
-        Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
4).    Insang
-        Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang.
-        Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang.
-        Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
 
Copyright 2009 Cikgu Lina. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase